Teka teki mengenai lagu mana yang menjadi juara antara lagu-lagu terbaik sepanjang tahun 2010 telah pun terpalit sebentar tadi.. terpalit..?? Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli telah membuatkan pentas Juara Lagu kali ke 25 kembali kepada wanita.
Dan dengan itu jugaklah ramalan-ramalan semua orang tidak menjadi kenyataan.. Lagu Tolong Ingatkan aku itu bukan lah best sangat..!! itu orang kata.. tapi juri kata lagu itu best!! ini pertandingan Juara Lagu.. bukan pertandingan Lagu terbest!..? so terima kenyataan sekarang.
Apa pun sebanyak-banyak tahniah buat Ana Raffali.. beliau sememangnya layak menjadi juara.. tidak lupa pada Drama King.. yang sememangnya lagu nie aku muskil habis tentang tajuk penceritaanya tapi dah orang kata sedap.. aku pun cakap sedap gak lah.. dan Noktah Cinta.. ditempat ke 3.. sesuatu yang berbaloi-baloi untuk Ajai menambah koleksi piala dalam office beliau.
Buat Superhero.. Tahniah jugak sebab rembat Persembahan Terbaek!! menerusi lagu hanyut.. sebab mula-mula tadi ingat nak vote persembahan lagu Selamat Malam.. tapi dah Hanyut kat Hanyut.. apa pun idea yang terbaek datangnya dari Faizal Tahir!!





No comments:
Post a Comment